Catatan Popular

Jumaat, 23 Disember 2011

PAST YEAR PAPER USULUDDIN 1 TAUHID 2011 (SOALAN 4) - (Beserta dengan jawapannya sekali.)

4) Jelaskan dengan ringkas DUA daripada perkara-perkara berikut :

i) Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan dasar-dasar kepercayaan mereka.

ii) Sifat-sifat yang wajib bagi rasul Allah berserta dalil 'aqli dan naqli.

iii) Pengertian Nifaq, Riddah, Syirik, Kufur dan Fasiq.


JAWAPAN


i) Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan dasar-dasar kepercayaan mereka.

Ahlus Sunnah bererti : Kepercayaan yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. di dalam urusan agama.

Adapun Wal Jamaah bererti : Iaitu sahabar-sahabat nabi yang bersama-sama berjuang dan membantu dalam hal urusan agama, mereka sentiasa berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah S.A.W.

Bagi mereka yang kemudian dari peringkat ini yang mengikuti perjalanan sahabat-sahabat nabi iaitu dengan berpegang teguh dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W adalah dinamakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kemudian jika mereka tidak dapat keterangan daripada Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W, maka mereka berpegang dengan hukum-hukum yang telah dipersetujui oleh sahabat-sahabat nabi.

Yang dimaksudkan dengan nama Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada masa sekarang ini ialah pengikut-pengikut Al-Imam Abu Hassan Al-Ash'ari dan pengikut-pengikut Al-Imam Abu Mansor Al-Maturidi. Kepercayaan Ahlus Sunnah, bererti semuanya diambil dari perbuatan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W dan ikutan kebanyakan dari jumlah yang besar daripada umat Islam di dalam dunia yang ada sekarang ini.

Sumber-sumber hukum dari Ahlus Sunnah Wal-Jamaah

1) Al-Quran
2) Hadith Rasulullah S.A.W.
3) Menerima Ijmak
4) menerima Qias

Kenyataan Ahlus Sunnah itu cukup terang, mereka tetap berpegang dengan hukum Al-Quran dan hukum hadith Rasulullah S.A.W dan menerima ijmak dan qias sebagai hukum di dalam syariat agama Islam.

Diantara dasar-dasar Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah :-

1- Percaya adanya Allah Ta'ala yang berkuasa dengan segalanya.
2- Tuhan mempunyai sifat-sifat yang sempurna, wajib diketahui oleh orang mukmin sebanyak 20 sifat, dan yang mustahil dan yang harus bagi Allah.
3- Wajib percaya adanya Malaikat, hanya yang wajib dipercaya ialah sebanyak 10 malaikat.
4- Wajib percaya Tuhan mempunyai nama-nama sebanyak 99 nama-nama Asma'ullah hul Husna.
5- Wajib percaya Allah menurunkan empat buah kitab : Al-Quran - Zabur - Injil - Taurat
6- Wajib percaya kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Yang 25 orang ini adalah Nabi dan juga Rasul.
7- Setiap orang Islam wajib percaya hari akhirat dan setiap orang akan ditunjukkan kejadian di padang Masyar seperti hisab (amalan-amalan baik dan jahat). Ada telaga kausar dan ada titian Siratul Mustaqim.
8- Wajib percaya adanya Qadha dan Qadar sama ada baik atau jahat adalah datangnya dari Allah, semuanya sudah tertulis di dalam azal di Lauh Mahfuz akan apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku keatas manusia itu.
9- Sahabat-sahabat dan khalifah-khalifah Rasulullah yang lebih utama mengikut tertib dan susunan ialah:
a) Khalifah Saiyidina Abd Bakar
b) Khalifah Saiyidina Umar
c) Khalifah Saiyidina Uthman
d) Khalifah Saiyidina Ali bin Abi Talib.
10- Anak-anak orang kafir, kalau mati kecil, akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.

*** (Calon hanya perlu menjawab 4 sahaja)


ii) Sifat-sifat yang wajib bagi rasul Allah berserta dalil aqli atau naqli.

Sifat yang wajib dan mustahil bagi rasul ada 4 : -

Amanah :

Terpelihara zahir dan batinnya dari melakukan sebarang maksiat atau perbuatan yang ditegah oleh Allah Ta'ala seperti zina, minum arak, bersifat ria dan sebagainya.

Dalil aqli : Jikalau rasul-rasul bersifat khianat (melakukan maksiat), tentulah pengikut mereka disuruh oleh Allah melakukan maksiat sebagaimana yang dilakukan oleh rasul-rasul tersebut, kerana pengikut itu diperintahkan mengikut rasul-rasul dalam semua hal, sedangkan Allah tidak sekali-kali menyuruh manusia melakukan perkara maksiat.

atau

Dalil naqli : Firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 28:
                                                                قل إن الله لا يأمر بالفحشاء
Ertinya : Katakanlah (Muhammad), Sesungguhnya Allah tidak menyuruh perbuatan-perbuatan keji."


Siddek (Benar) lawan dusta :

Bersamaan berita dengan kejadian yang sebenar berlaku dan mustahil bersifat dusta.

Dalil aqli : Jikalau nabi-nabi berdusta pada cerita-cerita yang disampaikan dari Allah nescaya dustalah perakuan Allah S.W.T. sendiri, kerana rasul-rasul itu telah diperakui kebenarannya oleh Allah menerusi berbagai mukjizat.

atau

Dalil naqli : Firman Allah dalam surah Al-Haaqah ayat 44-47 :-

Ertinya : " Dan jikalau Nabi Muhammad itu mengatakan sesuatu perkataan yang tidak kami katakannya nescaya kami binasakan dengan cara yang seburuk-buruknya tanpa ada sesiapa pun dari kamu yang boleh melindungkannya."


Fathaanah (bijaksana).

Tiap-tiap rasul adalah bijaksanam tajam fikiran, cepat faham dan kuat ingatan. Dengan ini dapat mematahkan hujah-hujah lawannya yang mencabar dan berdegil terhadap seruannya. Sifat-sifat ini juga memudahkan rasul-rasul memberi penerangan jelas mengenai perutusan yang hendak disampaikannya.

Dalil aqli : Rasul-rasul diutus untuk menerangkan syariat Allah dan menghilangkan kekeliruan dengan hujah-hujah yang memuaskan hati. Kalau sekiranya mereka bodoh maka hilanglah faedah perutusan mereka kepada umat manusia.

atau

Dalil naqli : Firman Allah dalam surah Al-An'aam atat 83.
                                                              وتلك حجتنا ءاتينها إبرهيم على قومه
Ertinya : Dan itulah hujah kami yang telah kami anugerahkan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya."


Tabligh (Menyampai) :

Menyampaikan semua perkara yang diperintah oleh Allah S.W.T. supaya disampaikan kepada umatnya, dan mustahil bagi rasul bersifat menyembunyikan sesuatu (tidak menyampaikan) apa yang telah diperintahkan Allah kepada manusia.

Dalil aqli : Kalau rasul-rasul menyembunyikan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia nescaya kita jua diperintahkan untuk menyembunyikan ilmu, kerana Allah memerintahkan kita mentauladani rasul-rasul, ini tidaklah benar.

atau 

Dalil naqli : Firman Allah dalam surah Al-Ma'idah ayat 99 :
                                                وما على الرسول إلا البلغ والله يعلم ما تبدون وما تكتمون
Ertinya : Kewajipan rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."


iii) Pengertian Nifaq, Riddah, Syirik, Kufur dan Fasiq.

Nifaq ialah :

Secara zahir kelihatan seperti orang berugama Islam, tetapi batinnya tidak beriman dan tidak percaya pada hukum Allah Ta'ala dan rasul-Nya. Asal makna nifaq ialah menampilkan yang baik sedang hatinya tidak begitu.

Firman Allah Ta'ala :
                                                                  يقولون بألسنتهم ماليس في قلوبهم
Ertinya : Mereka berkata dengan lidah mereka, tetapi yang sebenarnya tidak ada di dalam hati mereka.

Riddah ialah :

Keluar dari agama Islam sebab ingkar pada hukum Allah dan hukum Rasulullah S.A.W dan mengikut kepercayaan yang lain dari ajaran Allah (agama Islam) dan perbuatan dan kelakuan serta perkataan bertentangan dengan hukum agama Islam.

Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 217 :
Ertinya : Dan sesiapa yang menjadi murtad dikalangan kamu dari agamanya, maka dia mati kafir, maka binasalah segala amalannya di dalam dunia dan akhirat.

Syirik ialah :

Percaya tuhan itu lebih dari satu dan menyekutukan Allah dengan sesuatu, seperti katanya : Allah ada anak, ada kuasa lain yang lebih kuat dari Allah.

Firman Allah Ta'ala dalam surah An-Nisaa ayat 48 :
Ertinya : Sesunguhnya Allah tidak mengampuni orang yang syirik dengannya, dan mengampuni selain dari itu mereka yang dia kehendaki.

Kufur ialah :

Ingkar dan tidak mahu menerima kebenaran (Ajaran Islam). Sebab itu orang yang tidak percaya akan ajaran Islam dipanggil orang kafir. Kufur dengan erti kata lain ialah orang Islam yang tidak bersyukur kepada Allah, lupa pemberian Allah, lupa nikmat Allah, maka dinamakan kufur nikmat (kufur kecil).

Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Imran ayat 131 :
                                                                      والتقوا النار التي أعدت للكفرين
Ertinya : Dan takutlah kepada api neraka yang mana disediakan untuk orang-orang kafir.

Fasiq ialah :

Orang yang keluar daripada jalan kebenaran dan tidak memperdulikan segala perintah Allah S.A.W. Mereka menyelesaikan masalah bukan menurut aturan Islam tetapi mengikut kehendak hawa nafsu.

Orang yang fasiq ini, Tuhan tidak menyukai kelakuannya dan Tuhan tidak memberi petunjuk kepada dirinya untuk jalan kebaikan.

Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Maidah ayat 108 :
                                                                والله لا يهدي القوم الفسقين
Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasiq.

Khamis, 22 Disember 2011

PAST YEAR PAPER USULUDDIN 1 TAUHID 2011 (SOALAN 3) - (Beserta dengan jawapannya sekali.)

3) Diantara tanda-tanda besar akan berlakunya Qiamat ialah keluarnya Dajjal.

Bincangkan pendapat ulama Tauhid tentang pengertian Dajjal, Siffat-sifatnya, tempat keluarnya, pengikut-pengikutnya, fitnahnya dan kebinasaannya.


JAWAPANNYA


Dajjal ini dinamakan "Dajjal" kerana ia menutupi kebenaran dengan kebatilan, atau kerana ia menutupi kekafirannya terhadap orang lain dengan kebohongan, kepalsuan dan penipuannya atas mereka. Dajjal mengakui dirinya Tuhan dan ia berusaha melemparkan bermacam-macam fitnah dan mempengaruhi manusia agar meninggalkan agama Islam.

Sifat-sifat Dajjal :

Antaranya :

- Buta mata sebelah, seolah-olah buah anggur masak (tak bercahaya).
Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah S.AW. pernah menyebut mengenai Dajjal dihadapan orang banyak, lalu baginda bersabda :
" Sesungguhnya Allah S.A.T. itu tidak buta sebelah matanya. Ketahuilah, sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal itu buta sebelah matanya yang kanan seakan-akan matanya itu buah anggur yangtersembul."

- Seorang laki-laki yang pendek dan gemuk, menurut hadis yang diriwayatkan dari Ubadah bin Ash Shamit r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda :-
" Sesungguhnya Masih Dajjal itu seorang lelaki yang pendek dan gemuk, berambut kribo, buta sebelah matanya an matanya tidak menonjol serta tidak tenggelam. Jika ia memperdayakan kamu, maka ketahuilah bahawa Rabbmu tidak buta sebelah matanya."

- Ada tanda perkataan "KAFIR" diantara kedua matanya, seperti hadis Anas r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda : " Dan diantara kedua matanya termaktub tulisan " كفر "(kafir).

- Tidak mempunyai anak (mandul) .

Tempat keluarnya Dajjal :

Dajjal akan keluar dari arah timur dari Khurasan, dari kampong Yahudiyyah Kota Ashbahan. Kemudian mengembara ke seluruh bumi. Maka tiada ada satu pun negeri yang tidak dimasukinya kecuali Mekah dan Madinah, kerana kedua kota suci ini dijaga oleh Malaikat.

Diriwayatkan dari Abu Bakar As-Siddiq r.a. ia berkata : Rasulullah S.A.W. bersadba kepada kami : " Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur yang bernama Khurasan "

Pengikut-Pengikut Dajjal :

Kebanyakkan pengikut Dajjal adalah orang-orang Yahudi, orang Ajam, orang Turki dan ramai lagi manusia dari pelbagai bangsa dan golongan yang kebanyakan dari orang-orang dan kaum wanita.

Imam Muslim meriwatkan dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
"Dajjal akan diikuti oleh orang-orang Yahudi Asbahan sebanyak tujuh puluh ribu orang yang mengenakan jubah tiada berjahit."

Atau

Kebanyakkan pengikut Dajjal adalah orang-orang Yahudi sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan bahawa akan berlaku peperangan antara orang Yahudi dan kaum Muslimin. Sabda Rasulullah S.A.W :
" Tidak akan berlaku hari Akhirat sehingga orang Islam semuanya memerangi orang Yahudi, sehingga batu yang dibelakangnya ada orang Yahudi bersembunyi itu pun berkata : Hai orang Islam, ini ada orang Yahudi bunuhlah dia."

Rasulullah S.A.W. telah memberitahu dan mengambarkan kejadian jahatnya dajjal dan jahatnya orang Yahudi. Orang Islam yang kuat iman tetap memerangi dajjal dan orang Yahudi tetap membela dajjal. Akhirnya orang Islam akan mendapat kemenangan dalam peperangan melawan orang Yahudi yang sesat dan menyesatkan manusia ketika itu.

Fitnah Dajjal : 

Fitnah Dajjal merupakan fitnah paling besar. Dalam riwayat-riwayat disebutkan bahawa Dajjal memiliki syurga dan neraka, maka syurganya itu adalah neraka dan nerakanya adalah syurga. Dia jua memiliki sungai-sungai air dan gunung-gunung roti. Dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lantas langit pun menurunkan hujan, memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, lantas bumi menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dengan segala hasilnya. Dia dapat melintasi bumi dari satu tempat ke tempat lain dengan kecepatan yang luar biasa, bagaikan hujan yang ditiup angin kencang, serta kejadian luar biasa lainnya.

Rasulullah S.A.W. "Dajjal itu buta maanya sebelah kiri, berambut keriting, mempunyai syurga dan neraka, Maka nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka." riwayat Imam Muslim.

Riwayat Imam Muslim dari Hudzaifah r.a. ia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang menyertai Dajjal. Ia akan bersama dua buah sungai yang mengalir, yang satu kelihatan mengalir api yang menyala-nyala, maka hendaklah ia mendatangi sungai-sungai yang kelihatan berisi api itu, dan hendaklah ia pejamkan matanya kerana yang nampak api itu adalah air yang dingin."

Nasiblah jika kuat iman seseorang ketika itu maka segala yang ganjil dilihatkan oleh dajjal tidak terpengaruh sama sekali, sebaliknya jika lemah iman seseorang ketika itu maka mudahlah terima dan terikut perjalanan dajjal. Ingatlah bahawa dajjal sebenarnya ialah penipu dan pendusta dan pembohong makhluk Allah diakhir zaman.

Binasanya Dajjal :

Binasanya Dajjal ada ditangan Nabi Isa A.S. sebagaimana disebutkan dalam hadis sahih antaranya Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Mujama' bin Jariyah Al-Anshari r.a, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Ibnu Maryam akan membunuh Dajjal di pintu Lod."

Rabu, 21 Disember 2011

PAST YEAR PAPER USULUDDIN 1 TAUHID 2011 (SOALAN 2) - (Beserta dengan jawapannya sekali.)

2) Mu'jizat hanya dianugerahkan kepada para nabi dan rasul.

i) Jelaskan pengertian mu'jizat dan TIGA hikmat penganugerahannya kepada mereka.

ii) Nyatakan DUA contoh mu'jizat yang dianugerahkan kepada setiap rasul Ulul 'Azmi.


JAWAPAN

i) Pengertian mu'jizat menurut bahasa : sesuatu yang melemahkan.
 
Menurut Istilah : kejadian-kejadian luar biasa yang menyalahi adat yang dizahirkan oleh Allah ta'ala atas tangan seseorang yang mengaku dirinya nabi ketika dia dicabar oleh lain-lain orang yang mengingkarinnya, dan dengan cara ini dia melemahkan pihak pencabar dari berbuat sepertinya.

ATAU

Menurut Istilah : iaitu kejadian-kejadian yang luar biasa menyalahi adat untuk menguatkan kebenaran seseorang nabi atau rasul, dengan panduan dan mengikut keizinan Allah dan dapat melemahkan musuh yang mengingkari Allah Ta'ala.

Hikmat penganugerahannya kepada Rasul-rasul :
i) Membuktikan bahawa mereka adalah sebenar-benarnya rasul dan nabi Allah.
ii) Mengatasi dan mengalahkan kekuatan umat masing-masing.
iii) Melahirkan kekuasaan Allah yang ia boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya yang mutlak.


ii) Mu'jizat-mu'jizat yang dianugerahkan kepada rasul-rasul Ulul 'Azmi.

i) Mu'jizat Nabi Nuh Alaihisalam :

a) Dapat menyembuhkan berbagai penyakit.
b) Selamat dari banjir besar dengan menaiki bahtera sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah sementara yang lain hancur musnah.

ii) Mu'jizat Nabi Ibrahim Alaihisalam :

a) Tidak hangus ketika dibakar dalam timbunan api yang besar setelah baginda dicampakkan oleh raja Namruz yang kejam kerana baginda menentang ibadat Namruz dan pengikut-pengikutnya. Firman Allah ayat 68-69 Al-Anbiya.
b) Menghidupkan dari Kematian.

iii) Mu'jizat Nabi Musa Alaihisalam :

a) Tongkatnya menjadi ular yang besar ketika Firaun mengumpulkan ahli sihir yang bijak dalam negerinya untuk melawan Nabi Musa seperti firman Allah Ta'ala dalam surah Al-A'raaf ayat 106-122.
b) Terbelah dua laut merah bila diperintah memukul dengan tongkatnya iaitu semasa dikejar oleh bala tentera Firaun, maka Musa bersama kaumnya Bani Israel berjaya melarikan dirinya dengan selamat, manakala Firaun dan pengikutnya terperangkap dalam laut yang bercantum kembali, ketika mereka mengejar Nabi Musa di belakangnya seperti firman Allah Ta'ala dam surah Al- Syu'araa ayat 63.

iv) Mu'jizat Nabi Isa Alaihisalam :

a) Baginda dapat menyembuhkan orang buta, penyakit sopak, menghidupkan orang mati dan membentuk lembaga burung dari tanah kemudian ditiup lalu menjadi burung yang terbang seperti firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Imran surah 49.
b) Tutunnya makanan dari langit kerana permintaan Hawariyin sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Maidah 112-115.

v) Mu'jizat Nabi Muhammad Salallahu Alaihiwasalam :

a) Al-Quran Al-Karim. Mu'jizat yang terbesar sekali merangkumi mu'jizat-mu'jizat nabi-nabi yang terdahulu. Ia masih wujud dan akan kekal sehingga ahir dunia nanti. Firman Allah Ta'ala ayat 9 surah Al-Hijr.
b) Kisah Isra dan Mi'raj yang berlaku kepada baginda dalam masa hampir separuh malam sahaja.

Ahad, 18 Disember 2011

PAST YEAR PAPER USULUDDIN 1 TAUHID 2011 (SOALAN NO 1) ~ (Beserta dengan jawapannya sekali)

BAHAGIAN A - TAUHID

1- Wahdaniah bererti esa Allah Subhanahu Wata'ala pada zat, sifat dan perbuatan. Huraikan beserta dalil.

JAWAPAN

Maha Esa Allah pada zatnya terbahagi kepada dua maksud; Pertama : Zat Allah tidak terbentuk daripada beberapa bahagian seperti manusia. Kedua : Tiada zat lain yang menyamai zat Allah Ta'ala.

                                                                    سبحنه  هو الله الوحد القهار   ٤ 

Maksudnya : " Maha Sucilah ia (dari menghendaki yang demekian). Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi yang mengatasi kekuasaannya segala-galanya."

Maha Esa Allah pada sifatnya, terbahagi kepada dua maksud; Pertama; sifat Allah tidak berbilang-bilang dari jenis yang sama pada Allah, seperti ada dua sifat Qudrah bagi Allah atau Qudrat itu berbeza dari masa kesemasa. Kedua; tidak ada seorang pin menyerupai sifatnya dengan sifat Allah.

Maha Esa Allah pada af'alnya iaitu pada perbuatannya. Allah mengadakan atau mentiadakan sesuatu itu dengan sendirinya. Tiada yang menyamai perbuatan Allah. Dialah yang melakukan dan merekabentuknya dengan sendiri-Nya.

Dalil Naqli thabitnya Allah bersifat dengan Wahdaniyah

                                                                      لو كان فيهما ءايه إلا الله لفسدتا 

Maksudnya : Sekiranya di langit dan di bumi itu ada Tuhan selain Allah nescaya binasalah keduanya.

Dalil Aqli :

i) Jikalau ada dua Tuhan yang kedua-duanya bersifat wajib wujud dan qudrat, iradahnya menyeluruh kepada kesemua manusia, nescaya tidak wujud alam ini, kerana sikap dan akibat yang boleh diandaikan seperti berikut :- 

- Pertama : Kedua-dua tuhan itu tidak sepakat.

- Kedua : Jika pun sepakat maka tidak mungkin kedua-duanya sama-sama mengadakan alam ini dengan bersendirian di waktu yang sama, kerana menyebabkan terhimpunnya dua pembuat di atas kesan yang sama dan ini adalah mustahil. Jikapun mengada secara tertib, misalnya A mengadakan dulu kemudian B, maka ini dikatakan sia-sia kerana mengadakan sesuatu yang telah ada. Begitu juga tidak mungkin sama-sama mengadakan sesuatu secara tolong-menolong kerana ini menunjukkan kedua-duanya lemah dan berhajat diantara satu sama lain.

ii) Jika Allah tidak bersifat dengan wahdaniyyah (Esa) nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu berbilang-bilang, sama ada pada zat-Nya, sifat atau af'al-Nya. Jika ia berbilang-bilang menunjukkan bahawa ia lemah kerana berhajar kepada yang lain. Mustahil Allah bersifat lemah kerana jika ia bersifat demikian, maka tiada alam ini. Tetapi alam ini ada menunjukkan bahawa penciptanya tidak bersifat lemah. Maka mustahil Allah bersifat berbilang-bilang dan thabitlah Allah itu bersifat Esa (Tunggal).


Sabtu, 13 Ogos 2011

PERTALIAN DIANTARA SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT.


Orang-orang sufi cara hendak mendekatkan diri kepada Allah melalui 4 tingkatan yang menjadikan seseorang itu di dalam kesempurnaan agamanya.

1- Syariat
2- Tarikat
3- Hakikat
4- Ma'arifat

1) Syariat
- Syariat ialah undang-undang dan peraturan-peraturan dan garis pandu yang bersumberkan dari Al-Quran dan Al-Hadith. Firman Allah Ta'ala :
لكل جعلنا منكم شرعة ومنهاجاErtinya : " Bahawa Allah menjadikan syariat untuk tiap-tiap ummat dan jalan melaksanakannya "

Contoh Syariat :
Wajib sembahyang seseorang sebelum sembahyang diwajibkan mengambil Wudhu dan mempelajari hukum-hukumnya seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh.

Tujuan utama syariat ialah membina manusia supaya sempurna membuat amal kebajikan.

Peraturan-peraturan yang diatur oleh hukum syariat semuanya atas dasar Al-Quran dan Al-Hadith yang merupakan sendi hukum dalam Islam untuk membawa manusia keselamatan di dunia dan di akhirat, tetapi menurut Ahli Sufi bahawa syariat itu hanya baru merupakan tingkat pertama dalam menuju jalan kepada Allah.

2) Tarikat
- Iaitu jalan yang tertentu menuju kepada keredhaan Allah.

Pengertian yang lain : Tarikat ialah suatu sistem bagi menempuh jalan yang pada akhirnya dapat mengenal Allah dengan mata hatinya.

Tarikat mengajar cara yang terbaik untuk mendapatkan amalan yang sebaik-baiknya. Tarikat juga sesuatu jalan yang terbentuk untuk dilalui menuju kehadhirat Allah Ta'ala.

Contoh Tarikat :
1- Melakukan Ibadat dengan ikhlas
2- Sentiasa mengawal dan mengawasi diri dari maksiat
3- Sentiasa memperhitungkan kesalahan sambil bertanya dengan Allah apa-apa kesalahan yang telah dilakukan
4- Selalu rindu dan cinta kepada Allah Ta'ala
5- Lidahnya berzikir kepada Allah Ta'ala

Melalui Tarikat golongan Ahli Sufi sentiasa mengadakan latihan-latihan jiwa dengan membersihkan dirinya dari sifat-sifat yang tercela dan mengisinya dengan sifat-sifat yang terpuji dan membanyakan membawa wirid dan zikir dengan ikhlasnya semati-mata mencari keredhaan Allah Ta'ala/

3) Hakikat
- Iaitu kebenaran yang sejati dan mutlak yang padanyalah kesudahan segala perjalanan. Dalam menuju hakikat seseorang itu mestilah melatih dirinya terlebih dahulu.

Contoh Hakikat :
Apabila sudah melaksanakan hukum syariat dan beramal dengan tarikat maka hasilnya akan ternampak segala rahsia Allah di hatinya iaitu hakikat seperti lazat bersembahyang, lazat bedoa, lazat beramal, lazat membaca Al-Quran dan berzikir dan seterusnya.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bererti :
" Syatiat itu perkataanku, Tarikat itu perbuatanku dan Hakikat itu ialah kelakuanku."

4) Makrifat
- Iaitu mengenal Allah dan mencintainya yang sebenar-benarnya dan makrifat inilah merupakan tujuan pokok dan hujung perjalanan daripada ilmu pengetahuan.

Apabila seseorang itu telah mencapai makrifat kepada Allah dan mencapai tujuan terakhir dalam amal ibadahnya pada jalan Allah nescaya ia akan tenggelam dalam lautan tauhid sehingga dirinya selalu dalam pengawasan zat Allah dan ketika itu orang tersebut menjadi fana dan lenyap dalam suatu keadaan iaitu hanya yang dilihat semuanya indah, dan lidahnya menyebut Allah sahaj

Selasa, 9 Ogos 2011

PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 1999

TAUHID

JAWAB 3 SOALAN :

1- Huraikan pendapat Ahli Sunnah Wal Jama'ah mengenai Iman. Dan jelaskan hubungan diantara mengucap dua kalimah syahadah dan mengerjakan ibadat dengan iman.

2- Allah Ta'ala bersifat dengan sifat Mukhalafatuhu Ta'ala Lil Hawadithi. Bincangkan dalil aqli dan naqli bagi sifat ini.

3- Allah Ta'ala bersifat dengan sifat Qudrah. Bincangkan pengertian sifat ini dan berikan dalil-dalilnya.

4- Sebutkan nama Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang terdapat dalam Al-Quran, dan buktikan bahawa Nabi Muhammad S.A.W penyudah semua nabi dan rasul dengan membawakan dalil.

5- Dalam Ilmu Aqidah, terdapat beberapa aliran, diantaranya Khawarij dan Asy'ariah.
Bincangkan aliran-aliran ini dengan menjelaskan perbezaan dan persamaan diantara keduanya.


TASAWWUF

JAWAB 2 SOALAN :

1- Sabar adalah suatu sifat yang wajib dimiliki oleh setiap orang Islam. Bincangkan penyataan ini dari sudut Ilmu Tasawwuf.

2- Tasawwuf bukanlah suatu cara hidup yang membawa manusia supaya meninggalkan fitrahnya.

3- Bincangkan konsep Ma'rifat mengikut Ahli Sufi.

4- Buat catatan ringkas mengenai salah seorang daripada tokoh-tokoh Tasawwuf berikut, dengan menjelaskan sumbangan mereka kepada perkembangan Ilmu Tasawwuf:
* Al-Imam Hasan Al-Basri
* Al-Imam Al-Ghazali

PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 2000

TAUHID

JAWAB 3 SOALAN :

1- Islam dan Iman mempunyai hubungan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan manusia. Bincangkan.

2- Diantara sifat-sifat yang wajib bagi Rasul-rasul Allah ialah Amanah dan Tabligh. Bincangkan.

3- Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang. Bagaimanakah pendekatan kamu mengenai perkara tersebut.

4- Kejadian alam semesta ini tidak terjadi dengan sendirinya, melainkan ada penciptanya. Bincangkan dengan membawakan dalil Kauni sebagai alasan kamu.

5- Bincangkan tentang Syurga dan Neraka serta berikan dalil-dalil naqli mengenainya.


TASAWWUF

JAWAB 2 SOALAN :

1- Tuliskan dengan ringkas kelahiran Tasawwuf Islam dan Perkembangannya.

2- Jelaskan pendapat Imam Al-Ghazali mengenai Ru'yah dan Liqa.

3- Menurut keyakinan Ahli Sufi, orang tidak akan sampai kepada hakikat tujuan ibadat itu tanpa Tariqat. Bincangkan.

4- Ahli Sufi dan Ahli Sunnah mempunyai pengertian yang tersendiri mengenai makrifat. Bincangkan.

Isnin, 8 Ogos 2011

TAUHID : RINGKASAN MENGENAI TERJADINYA ILMU TAUHID DARI DALAM DAN LUAR

Terjadinya ilmu Tauhid dari dalam ialah ajaran dari Al-Quran tidak pernah sunyi dengan menyeru semua manusia supaya percaya kepada Allah, meminta kepada Allah serta percaya akan kejadian-kejadian yang telah Allah Ta'ala ciptakan. Melalui ajaran Al-Quran juga di beritahukan akan balasan terhadap manusia yang ingkar dan tidak percaya kepada Allah serta hari akhirat.

Kemenangan Islam telah tersebar di beberapa buah negeri serta mereka menguasai negeri-negeri yang telah ditakluki dengan meluaskan lagi dakwah dan ajaran Islam.

Terdapat juga segelintir manusia yang kurang pengetahuan tentang rahsia-rahsia yang terdapat di dalam Al-Quran dengan membawa tafsiran yang boleh menyebabkan kekeliruan yang mana akhirnya terjadilah beberapa perselisihan pendapat dan timbulnya fahaman dan mazhab-mazhad.

Oleh yang demikian, perselisihan pendapat-pendapat yang membawa punca perbezaan dalam memahami hukum Islam sehingga terjadinya puak-puak yang keras yang terlalu taksub dan fanatik terutamanya di dalam soal ketua dan Khalifah yang mana telah mengakibatkan terjadi pembunuhan Sayyidina Uthman bin Affan Radhiayallahhuanha.


Terjadinya ilmu Tauhid dari luar ialah apabila negeri-negeri yang sudah ditakluki oleh tentera-tentera Islam, banyak bangsa yang bukan Arab telah memeluk agama Islam. Walaupun begitu, mereka masih juga mengikut ajaran dan kepercayaan mereka yang lama.

Ulama-ulama Islam yang terkanal pada masa itu ialah Imam Syeikh Hassan Al Basri yang telah bekerja keras mengajar tentang masalah-masalah iktikad, kepercayaan dan juga menerangkan dengan jelas kepada masyarakat Arab yang baru memeluk agama Islam menerusi terjemahannya.

Selepas itu terjadi pula perselisihan pendapat serta pertelingkahan diantara Imam Hassan Al Basri dengan muridnya dan telah timbul pula puak-puak yang lain seperti puak Muktazilah dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Oleh itu nasib masyarakat Islam sehingga kini seperti mendapat bala dari Allah yang mana manusia sentiasa berselisih faham, bertelingkah, berpuak-puak serta tidak mahu bersatu faham untuk memahami ajaran Islam.

Benarlah apa yang telah diramal dan disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bahawa umat Islam akan berpecah belah dan melahirkan perasaan yang sedih disebabkan hanya dari perbezaan pendapat sahaja dapam masalah furu iaitu tidak usul.

Rabu, 3 Ogos 2011

TASAWWUF : AJARAN TASAWWUF MENGAJAR MANUSIA CARA HIDUP YANG TIDAK MENINGGALKAN FITRAHNYA.

Sebenarnya ilmu Tasawwuf dan peri hidup kaum sufi tidaklah bertujuan hanya memilih hidup akhirat sahaja, sebaliknya ajaran ilmu Tasawwuf dan kaum sufi sendiri menggalakan mencari kehidupan dunia sama ada senang atau susah dunia dan akhirat.

Saiyidina Ibrahim bin Adham (tokoh sufi yang terkenal) pernah berkata :

Tasawwuf itu bukan suatu sistem hidup yang kasar atau keras. Bukan sistem menekan diri dan ikut perasaan atau membawa manusia hidup miskin dan susah. Bukan membawa manusia hidup meninggalkan fitrahnya yang biasa kerana itu merupakan ciptaan Allah dan semula jadi manusia, menurut kehidupan yang sebenarnya, iaitu :

1- Hidup sederhana (sederhana didalam segala perkara yang baik).

2- Hidup dengan melaksanakan sesuatu amal kebajikan pada tempatnya.

3- Tidak kurang hajat hidup dan tidak pula lebih.

Hidup kaum sufi yang sebenarnya bukanlah supaya meninggalkan segala kemewahan harta dunia, tetapi sebenarnya ialah :

1- Hidup orang sufi ialah hidup dengan roh yang jernih, suci bersih dari daki hati seperti hasad dengki dan busuk hati ;

2- Hidup di dalam alam yang penuh dengan pancaran cahaya Allah dan petunjuk Allah; dan

3- Tidak hidup didalam dunia seperti kehidupan binatang yang sentiasa mencari kesalahan dan suka bermusuh-musuhan.

Ahli kaum sufi hanya mengingatkan orang-orang yang ingin mencari kekayaan dunia serta kemewahan dunia jangan terlalu sangat berebut-rebut mencari dan memperbanyakkan harta dan kesenangan. Ingatlah harta dan kesenangan di dunia akan terbatas.

Ingatlah di atas orang yang besar ada lagi lebih besar, di atas yang kaya ada lagi yang lebih kaya, maka tidak ada seseorang pun yang merasa cukup dan keinginannya dalam bidang harta, pangkat, kesengangan, kekayaan, kemewahan, kebesaran, bagaimana pun kekayaan dan kesenangan yang diperolehi, ia masih melihat bahawa ia masih susah juga dan serba kekurangan.

Cara hidup orang Ahli Sufi.

Hidup kaum sufi dan matlamat Tasawwuf hanya mencari keredhaan Allah dan mengenal Allah lebih dekat. Kaum sufi selalu mengikut kehidupan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya.

Kaum sufi sentiasa hidup secara sederhana, tidak keterlaluan dengan harta atau pangkat atau mencari nama atau pembangunan. Kaum sufi sentiasa mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w yang menerima apa yang ada. Mereka sentiasa mencari dua kehidupan yang sederhana, alam dunia dan alam akhirat.

Kaum sufi mengetahui sekiranya mencari kekayaan yang keterlaluan nescaya boleh lupa Allah hingga berani melawan hukum Allah, maka mereka selalu ingat, jika mencari kekayaan dunia sahaja boleh mendatangkan keburukan seperti di bawah ini :-

1- Kebendaan boleh membawa kepada lupa dan anti Tuhan.
2- Kebendaan boleh membawa fitnah dan akhirnya binasa.
3- Kebendaan boleh membawa permusuhan dan kebencian.
4- Kebandaan boleh membawa kezaliman dan kehilangan sifat malu.
5- Kebendaan boleh membawa kepada sifat tipu dan bohong.
6- Kebendaan boleh membawa kepincangan hidup dan akhirnya menjadi miskin.

Ajaran ilmu Tasawwuf menunjukkan jalan keselamatan hidup :

Ajaran ilmu Tasawwuf merupakan dasar pokok kekuatan batin, pembersih hati dan jiwa, menguatkan Iman, menambahkan amal soleh semata-mata mencari keredhaan Allah. Dengan mempelajari ilmu Tasawwuf, Insyaallah dapat memperkuatkan jihad dalam latihan jiwa dan kunci untuk mengenal Allah dan dapat hidup yang sempurna dan penghidupan yang baik atas dasar-dasar keimanan kepada Allah Ta'ala.

Dengan jalan ilmu Tasawwuf seseorang dapat mengenal Allah dengan merasakan adanya Allah selalu. Ajaran ilmu Tasawwuf adalah isi agama, hakikat iman dan buah yakin.

Ajaran ilmu Tasawwuf adalah tahap tertinggi dari semangat segi gemilang yang paling sempurna dari adab-adab dan contoh yang termulia darinya. Ajaran ilmu Tasawwuf adalah pusaka yang diwarisi oleh para sahabat dari kaum muslimin.

Ilmu Tasawwuf membawa jalan selamat bukan jalan sesat :

Sebenarnya banyak yang di dalam kejahilan tidak memahami isi ilmu Tasawwuf. Terdapat kekeliruan mempelajari ilmu Tasawwuf. Dalam sejarah ajaran Islam, ilmu Tasawwuflah yang sering kali menghadapi serangan-serangan yang hebat.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa mempelajari ilmu Tasawwuf adalah bid'ah. Dan ada pendapat mengatakan bahawa ilmu Tasawwuf boleh membawa seseorang itu menjadi sesat.

Sebenarnya ilmu Tasawwuf adalah ilmu dapat mengenal Allah dengan merasakan adanya Allah, tidak sekadar mengetahui bahawa Allah itu ada dan tidak akan sempurna agama seseorang itu, jika tidak mempelajari ilmu Fiqeh dan ilmu Tauhid.

Begitu juga tidak akan sempurna ilmu hakikat jika tidak mempelajari ilmu Syariat dan Tarikat. Semuanya ilmu bergantung dan berkait antara satu dengan yang lain.

TASAWWUF : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN ILMU TASAWWUF SEHINGGA MENJADI SATU ILMU YANG TERSENDIRI.

1- Diantara faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Ilmu Tasawwuf mengikut sejarah ialah propaganda-propaganda Islam yang berasal daripada beberapa Negara terutama di Asia Barat. Mereka mempunyai sifat-sifat yang mulia dan cara-cara hidup yang sangat sederhana sehingga menarik ribuan manusia.

2- Kebanyakan daripada pengikut-pengikut mereka merupakan sukarelawan yang ikhlas dan menyerahkan segala apa yang ada pada mereka seperti harta dan jiwa, tujuannya ialah untuk membela agama yang dibawa oleh orang-orang sufi itu.

3- Mereka mencontohi segala perbuatan-perbuatan Nabi, Wali-wali dan Orang-orang yang soleh. Perbuatan mereka itu disegani, dihormati dan dicontohi oleh semua orang termasuk raja-raja dan ketua- ketua negeri.

4- Pengajaran yang diberikan oleh guru-guru kaum Ahli Sufi kepada murid-murid termasuk pendidikan di dalam dunia. Pengajaran ini adalah satu pengaruh yang paling kuat pada zaman kebelakangan ini. Guru-gurunya mempunyai sifat tidak  mengharapkan balasan wang ringgit dari muridnya. Yang diharap hanya dari Allah Ta'ala. Kemudian pula ada orang-orang sufi itu mendapat bantuan ghaib dari Allah. Ini lebih mempengaruhi murid-murid kepada guru-guru sufi itu sehingga mereka cinta dan sayang kepada guru.

Selasa, 2 Ogos 2011

AKAL ASAS TAKLIF UNTUK MENGENAL ALLAH.

Satu daripada asas taklif untuk mengenal Allah ialah 'Akal.' Selain daripada berakal, seseorang akan dikenakan taklif jika ia cukup umur dan sempurna segala pancainderanya seperti penglihatan dan pendengaran.

Manusia yang berakal dapat membezakan diantara baik dan buruk. Seseorang yang tidak berakal (mungkin sakit mental atau gila) tidak dikenakan taklif oleh kerana ia tidak boleh membezakan sama ada sesuatu itu baik atau buruk. Orang yang tidak dikenakan taklif tidak akan dipertanggungjawabkan di dalam syarak.

Orang-orang Muktazilah berpendapt bahawa syarat sah taklif ada 3 iaitu :-

1-  Berakal
2-  Cukup umur
3-  Sempurna pancaindera

Ahli Sunnah Wal Jamaah pula berpendapat bahawa syarat sah taklif ada satu lagi iaitu :-

1-  Sampai seruan agama pada orang itu.
     Tidak mencukupi bahawa seseorang itu mempunyai 3 syarat sahaja. Ahli Sunnah menganggap orang
     yang hidupnya terpencil jauh dari masyarakat dan tidak dapat seruan Nabi tidaklah terkena taklif
     (tanggungjawab syarak).
     Ini berdasarkan firman Allan dalam surah Al-Isra 15 : -


     Maksudnya : " Kami tidak akan menyeksa seseorang itu hingga terlebih dahulu kami utuskan seorang
                             Rasul ".

Puak Muktazilah berpendapat bahawa akal sahaja mencukupi untuk seseorang itu mengerti jalan-jalan yang boleh mengenal Tuhan. Perkataan 'Rasul' di dalam ayat tersebut diatas diberi makna 'akal'.

Sebagai contoh, Puak Muktazilah menganggap seseorang yang berakal itu sudah semestionya kenal tuhan dan manusia yang tidak diutuskan rasul (ahli fitrah) tidak terlepas dari tanggungjawab syarak.

Pendapat Ahli Sunnah tidak sama seperti diatas. Seseorang itu tidak dipertanggungjawabkan sehingga ia terlebih dahulu diperkenalkan kepada hukum-hukum syarak.

Pendapat Ahli Sunnah inilah yang benar dan sahih oleh kerana ada banyak dalil yang menguatkannya.

PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 2010

TAUHID 2010.

JAWAB 3 SOALAN.

1- Ulama Mutakalimin berselisih pendapat tentang bertambah & berkurangnya Iman.

*  Bincangkan perbezaan pendapat Ulama Mutakalimin.
*  Nyatakan pendapat yang tepat beserta hujah - hujah yang membuktikan pendapat golongan tersebut adalah betul.

2- Diantara sifat-sifat yang wajib bagi rasul-rasul Allah ialah Amanah dan Tabligh. Bincangkan.

3- Ahli Sunnah berselisih pendapat dari segi syarak mengenai harus bagi Allah menyalahi janji buruknya.

* Huraikan pendapat Puak Asyari & Puak Maturidi mengenainya.
* Nyatakan hujah Puak Asyari bagi menolak pendapat Puak Maturidi.

4- Ulama Mutakalimin berselisih pendapat mengenai qada' dan qadar Allah. Bincangkan.

5- Masalah khalifah adalah antara penyebab berlakuny perpecahan perpaduan kaum Muslimin kepada beberapa puak, antaranya ialaj Puak Syiah.

* Huraikan secara ringkas mengenai Puak Syiah.
* Tuliskan 5 daripada dasar - dasar kepercayaan mereka.
* Nyatakan 4 sahaja perbezaan pegangan diantara mereka dengan Ahli Sunnah.


TASAWWUF 2010.

JAWAB 2 SOALAN.

1- Untuk mendekatkan diri kepada Allah, manusia haruslah menjalani latihan rohani melalui beberapa tingkatan iaitu Takhalli, Tahalli & Tajalli. Huraikan tingkatan Takhalli.

2- Nyatakan maksud Yakin & peringkat - peringkatnya beserta contoh.

3- Jelaskan 2 sahaja daripada sifat - sifat berikut menurut pandangan Ilmu Tasawwuf.

* Sabar & tingkatan - tingkatannya.
* Syukur & tingkatan - tingkatannya.
* Uzlah & syarat - syaratnya.

4- Buat catatan ringkas mengenai sejarah hidup salah seorang daripada ulama - ulama Tasawwuf berikut:

* Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
* Imam Hassan Al Basri

PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 2009.

TAUHID 2009.

JAWAB 3 SOALAN.

1- Akal asas taklif untuk mengenal Allah. Terangkan menurut pendapat Muktazilah & Ahli Sunnah & nyatakan pendapat yang sahih.

2- Ahli Sunnah berbeza pendapat tentang hubungan Iman dengan Islam. Bincangkan.

3- Masalah khalifah antara faktor kelahiran Ilmu Tauhid serta kemunculan puak Khawarij & Murji'ah. Huraikan dengan menjelaskan dasar-dasar iktikad dua golongan tersebut.

4- Huraikan mengenai rukun Iman yang ketiga dengan menyertakan dalil naqli.

5- As-Sam'iyyat adalah salah satu bahagian daripada ilmu Tauhid. Bincangkan.


TASAWWUF 2009.

JAWAB 2 SOALAN.

1- Taubat merupakan salah satu akhlak terpuji & awal bagi semua maqam. Bincangkan.

2- Diantara maqam tertinggi dalam ilmu Tasawwuf ialah ma'rifat. Bincangkan.

3- Kehidupan Ahli Sufi tidak melanggar fitrah dalam tatacara kehidupan manusia. Bincangkan.

4- Syariah, Tariqat & Hakikat mempunyai pertalian & perbezaan. Bincangkan.

PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 2008.

TAUHID 2008.

JAWAB 3 SOALAN.

1- Ulama Usuluddin berselisih pendapat mengenai iktikad seseorang mukalaf secara bertaklid. Bincangkan dengan menyatakan pendapat yang sah.

2- Sifat Salbiah ialah sifat-sifat penafian terhadap perkara yang tidak layak bagi Allah. Jelaskan sifat wajib bagi Allah yang termasuk dalam sifat salbiah tersebut dengan membawakan dalil naqli & aqli.

3- Nabi Muhammad merupakan rasul terakhir & penghulu bagi sekalian rasul. Jelaskan hikmah baginda diutus.

4- Ulama Tauhid sepakat mengatakan mukjizat adalah suatu bukti yang meyakinkan kebenaran dakwaan seorang nabi. Bincangkan mengenai mukjizat & perbezaan dengan perkara-perkara lain yang menyalahi kebiasaan.

5- Ulama Tauhid berselisih pendapat tentang kekalnya roh pada tiupan sangkakala pertama. Bincangkan.


TASAWWUF 2008.

JAWAB 2 SOALAN.

1- Sirajuaddin Al-Tusi menerangkan terdapat 7 maqam dalam ilmu Tasawwuf. Bincangkan.

2- Menurut keyakinan Ahli-Sufi, seseorang tidak akan sampai kepada hakikat melainkan dengan tarikat. Bincangkan.

3- Antara unsur terpenting dalam tarikat ialah zikir. Huraikan tingkat- tingkat zikir beserta faedahnya.

4- Buat catatan ringkas mengenai 4 sahaja daripada istilah-istilah ilmu tasawwuf dibawah ini :
-   Hijab
-   Khalwah
-   Ikhlas
-   Kasyaf
-   Mujahadah
-   Muraqabah
-   Muhasabah

PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 2007.

TAUHID 2007.

JAWAB 3 SOALAN.

1- Golongan Ahli Sunnah & Khawarij berselisih pendapat mengenai Iman. Bincangkan.

2- Ulama Mutakalimin telah membahagikan sifat yang wajib bagi Allah Ta'ala itu kepada 4 bahagian. Bincangkan.

3- Al-Quran merupakan mukjizat maknawi yang diberikan kepada Nabi Muhammad. Bincangkan.

4- Berlakunya kiamat adalah tidak bertentangan dengan logik akal. Bincangkan.

5- Huraikan sebab-sebab dalaman & luaran yang menyebabkan kemunculan ilmu Tauhid.


TASAWWUF 2007.

JAWAB 2 SOALAN.

1- Dalam kehidupan Ahli Sufi, Nabi Muhammad adalah sumber ikutan & tauladan. Bincangkan kenyataan tersebut berdasarkan kehidupan Nabi Muhammad sebelum dan sesudah menjadi rasul.

2- Takwa adalah suatu perkara yang wajib dimiliki oleh setiap orang yang beriman. Bincangkan perkara ini dari sudut ilmu tasawwuf.

3- Kearah mencapai makrifat yang lebih tinggi, Ahli Sufi hendaklah melalui beberapa metode diantaanya membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mengotori hari. Bincangkan dengan menyentuh juga cara-cara membersihkan hati.

4- Jelaskan mengenai Muraqabah & tingkat-tingkatnya menurut ulama tasawwuf.

PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 2006.

TAUHID 2006.

JAWAB 3 SOALAN.

1- Terangkan maksud sifat Ma'ani & jelaskan dua sahaja daripada sifat-sifat wajib Allah yang termasuk dalam sifat Ma'ani dengan membawakan dalil aqli & naqli.

2- Jelaskan pendapat para ulama & ahli falsafah mengenai hukum mengutus nabi & rasul kepada manusia.

3- Kiamat ialah bangkit setelah dihidupkan semula oleh Allah selepas mati. Bincangkan proses semasa akan berlaku kiamat & bagaimana keadaan manusia ketika itu.

4- Beriman dengan qada & qadar dapat mempengaruhi peribadi seorang muslim. Bincangkan.

5- Jelaskan latar belakang & dasar-dasar kepercayaan mazhab Qadariah & mazhab Jabariah.


TASAWWUF 2006.

JAWAB 2 SOALAN.

1-  Jelaskan sifat redha bil qadha menurut pandangan ahli sufi.

2- Huraikan empat cara membersihkan diri dari segala kotoran zahir & batin menurut ahli tariqat.

3- Salah satu tingkat yang harus dilalui oleh manusia untuk mencapai kesempurnaan beragama ialah melalui syariat. Bincangkan.

4- Buat catatan ringkas mengenai sejarah perkembangan ilmu Tasawwuf.

PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 2005.

TAUHID 2005.

JAWAB 3 SOALAN.

1- Wujud adalah salah satu sifat wajib bagi Allah. Bincangkan dengan membawakan dalil aqli & naqli.

2- Malaikat adalah makhluk Allah yang wajib kita percayai kewujudannya. Bincangkan.

3- Allah mengutus Rasul kepada manusia mengandungi hikmah yang tertentu untuk kebaikan hidup dunia & akhirat. Bincangkan hikmah tersebut menurut pendapat Al-Asyai'rah.

4- Alam barzakh merupakan perkara yang termasuk dalam perkara As-Samiyat. Bincangkan kejadian yang akan dilalui oleh manusia dalam alam tersebut.

5- Jelaskan latar belakang & dsar-dasar kepercayaan dua daripada golongan berikut :
- Murjiah
- Jabariah
- Muktazilah


TASAWWUF 2005.

JAWAB 2 SOALAN.

1- Tuliskan dengan ringkas kelahiran ilmu tasawwuf & perkembangannya.

2- Kearah memperbolehkan ahli Sunnah mencapai makrifat mestilah melalui latihan rohani iaitu Takhalli, Tahalli & Tajalli. Bincangkan.

3- Sabar adalah salah satu jalan mensucikan diri bagi tujuan membuka hijab yang membatasi diri dengan Tuhan. Jelaskan.

4- Buat catatan mengenai salah seorang daripada tokoh falsafah Islam berikut.
-   Al - Kindi
-   Al - Farabi

PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 2004.

TAUHID 2004.

JAWAB 3 SOALAN.

1- " Setiap orang yang beriman itu adalah Islam, tetapi tidak semua orang Islam itu beriman." Bincangkan.

2- Jabariyah merupakan golongan yang mempertikaikan usaha & perbuatan manusia. Bincangkan berdasarkan pendapat Ahli Sunnah.

3- Terangkan apa yang dimaksudkan dengan sifat salbiah & huraikan dua sahaja daripada sifat salbiah berserta dalil.

4- A) Apakah yang dimaksudkan beriman kepada hari Akhirat ? Huraikan hikmat mempercayai hari tersebut.
    B) Jelaskan bilakan terjadinya hari Akhirat tersebut.

5- Rasul & Nabi mempunyai persamaan & perbezaan. Bincangkan.


TASAWWUF 2004.

JAWAB 2 SOALAN.

1- Mementingkan kebendaan boleh membawa kepada kehidupan yang tidak diredai oleh Allah. Bincangkan kenyataan ini berdasarkan matlamat tasawwuf iaitu menuju kearah kesejahteraan kehidupan rohani.

2- Jelaskan mengenai tingkatan nafsu manusia mengikut ahli Tasawwuf.

3- Tariqat adalah jalan atau metode untuk melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta'ala. Bincangkan.

4- Istighfar merupakan salah satu usaha hamba Allah yang ingin bertaubat. Jelaskan bagaimana cara yang terbaik untuk beristighfar? Terangkan faedahnya.

PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 2003.

TAUHID 2003.

JAWAB 3 SOALAN.

1- Ulama Mutakalimin berselisih pendapat tentang bertambah & berkurangnya Iman. Bincangkan.

2- Wahdaniyah adalah salah satu sifat wajib bagi Allah Ta'ala. Bincangkan dengan dalil aqli & naqli.

3- Al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad yang agung. Huraikan.

4- Rasulullah sebaik contoh & ikutan kepada umat manusia. Bincangkan.

5- Ulama berselisih pendapat tentang cara menghidupkan semua jasad yang telah mati & binasa. Bincangkan.


TASAWWUF 2003.

JAWAB 2 SOALAN.

1- Huraikan cara pembersihan hati menurut ilmu tasawwuf.

2- Terdapat beberapa faktor penting mempengaruhi perkembangan ilmu tasawwuf sehingga kehari ini.

3- Diantara Syariat, Tariqat & Hakikat mempunyai perbezaan & pertalian. Huraikan.

4- Bincangkan kelebihan-kelebihan berzikir berdasarkan dalil-dalil Al-Quran & As Sunnah.

PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 2002.

TAUHID 2002.

JAWAB 3 SOALAN.

1- ءامن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون  كل ءامن بالله وملئكته وكتبه ورسله لا تفرق بين أحد من رسله  وقالوا سمعنا وأطعنا  غفرانك ربنا وإليك المصير  

Berdasarkan firman Allah ini, huraikan mengenai rukum Iman yang pertama dengan menyertakan dalil aqli dan naqli.

2- Huraikan perbezaan diantara Rasul & Nabi & terangkan syarat-syarat kenabian & kerasulan serta sifat-sifat yang wajib bagi para Rasul.

3- Bincangkan kejadian Malaikat, Jin & Manusia dari aspek kejadian, peranan dan kedudukan mereka sebagai makhluk Allah.

4- A) Terangkan jenis-jenis mukjizat.
    B) Mengapakah mukjizat yang dianugerahkan kepada rasul-rasul itu berbeza & berikan contohnya.

5- Jelaskan iktikad Qadariah mengenai soal kuasa manusia, serta berikan hujah Ahli Sunnah bagi menentang iktikad tersebut.

TASAWWUF 2002.

JAWAB 2 SOALAN.

1- Ajaran agama, budaya dan pemikiran bangsa lain mempengaruhi kelahiran tasawwuf dalam Islam. Bincangkan.

2- Jelaskan mengenai Tawakkal & peringkat-peringkatnya menurut Ahli Tasawwuf.

3- Bincangkan pendapat Ghazali mengenai Rukyah.

4- Wihdatul Wujud tidak dapat diterima oleh Ahli Sunnah kerana bertentangan dengan iktikad Ahli Sunnah. Huraikan.


PAST YEAR PAPER TAUHID & TASAWWUF 2001.

TAUHID  2001

JAWAB 3 SOALAN :

1- Mukhalafatuhu Ta'ala adalah salah satu sifat yang wajib bagi Allah. Bincangkan dengan dalil Aqli & Naqli.

2- I'tiqad golongan Mu'tazilah mengenai buruk & baik ditentukan oleh akal. Bincangkan sejauh mana I'tiqad tersebut bertentangan dengan I'tiqad Ahli Sunnah.

3- Beriman dengan Nabi & Rasul adalah suatu perkara wajib kerana ianya adalah salah satu rukun iman. Bincangkan.

4- Bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan Syirik Akhbar dan Asghar & huraikan implikasi kedua-dua perbuatan syirik itu kepada Iman seseorang.

5- Umat Islam mempercayai bahawa Hari Akhirat pasti berlaku. Bincangkan kepercayaan Ahli sunnah berserta dalil.

TASAWWUF  2011 :

JAWAB 2 SOALAN :

1- Tuliskan pertumbuhan & perkembangan ilmu tasawwuf pada Abad Pertama & Kedua.

2- Zikir & Doa mempunyai fungsi & adab-adab yang tertentu. Bincangkan.

3- Menurut keyakinan Ahli Sufi, seseorang tidak akan sampai kepada hakikat tujuan ibadat melainkan dengan jalan Tarikat. Bincangkan.

4- Imam Al-Ghazali adalah seorang sufi yang agung. Tuliskan secara ringkas sejarah hidup beliau & jelaskan sumbangan beliau terhadap ilmu Tasawwuf.

Sabtu, 30 Julai 2011

TAUHID : RASULULLAH S.A.W ADALAH SEBAIK CONTOH DAN IKUTAN KEPADA UMMAT ISLAM.

KEHIDUPAN NABI SEBELUM DAN SELEPAS NABI MENJADI RASUL.


Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul dan menjadi ikutan dan contoh yang baik yang membawa selamat ajaran serta tingkah laku dan peribadinya yang mulia.


Nabi Muhammad s.a.w sebelum diangkat menjadi Rasul sering mensucikan dirinya khalwah (mengasingkan dirinya dari manusia) berhari-hari dan bermacam-macam sendirian di gua hira untuk mendapat petunjuk Allah Ta'ala.


Nabi Muhammad s.a.w mencari kehidupan yang mudah yang membawa kepada kesempurnaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.


Nabi Muhammad s.a.w tidak kenal huruf, akhirnya hidup tidak perlu pertolongan orang hanya mendapat petunjuk Allah melalui perantaraan malaikat Jibril Alaihi Salam.


Setelah mendapat petunjuk Allah, Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran itu kepada seluruh umat manusia agar mereka jangan terlalu sibuk mencari kehidupan dunia yang mempunyai bermacam-macam tipu daya dan mencari kemegahan dunia.


Nabi Muhammad s.a.w sentiasa mengajar manusia supaya berusaha menyempurnakan kehidupan yang sempurna dan mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi untuk mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.


Sesudah Nabi Muhammad s.aw diangkat menjadi Rasul dan menjadi pemimpin menjadikan urusan Allah, namun kehidupannya adalah sangat sederhana termasuk pekerjaannya, makanannya bahkan sentiasa didalam sederhana.


Rumah tangga Rasulullah s.a.w tidak mendapat apa jua perabut bahkan alat-alat rumah tangga untuk keperluan hari-hari pun jarang terdapat. Makanannya yang sederhana iaitu roti, kurma, air  dan gandum sebalik ibadatnya banyak sekali ditunaikan sembahyang malam.


Imam Bukhari ada meriwayatkan.


Pada suatu hari Aisyah mengeluh kepada anak saudaranya yang bernama Urwah berkata : " Lihat Urwah kadang-kadang berhari-hari dapur ku tidak menyala dan aku menjadi binggung. Urwah bertanya : " Apakah makananmu sehari-hari?" Aisyah menjawab : " Biasanya yang ada kurma, air dan susu dan kadang-kadang ada tetangga yang menghantar sesuatu buat Rasulullah s.a.w.


Aisyah menceritakan kehidupan Rasulullah s.a.w setelah menjadi Rasul jarang makan banyak hingga makanan yang tersimpan tidak lebih dari sepotong roti yang dimakan oleh tiga orang.


Saiyidina Umar Al-Khattab ada menceritakan : " Aku melihat di bilik Rasulullah s.a.w tidak ada perhiasan tidak ada satu pun perkakas dalam bilik itu hanya sebuah bangku yang alasnya terdiri dari jalinan daun kurma, maka terharulah Saiyidina Umar melihat keadaan bilik itu hingga titik air matanya, Rasulullah menegur : " Kenapa wahai Umar engkau terharu dan air matamu menangis ?"


Saiyidina Umar menjawab : " Bagaimana saya tidak terharu wahai Rasulullah s.a.w tidak ada langsung harta dunia padahal seluruh kunci Timur dan Barat telah tergenggam ditanganmu ! ". Lalu Rasul menjawab : " Aku ini adalah pesuruh Allah wahai Umar, aku ini bukanlah seorang Raja di dunia, aku hanya menuntut akhirat.


Aisyah menceritakan lagi Rasulullah s.a.w tidur hanya di atas sepotong tikar, kadang-kadang berbekas pada pipinya disebabkan tidur di atas pelepah daun kurma.


Nabi Muhammad s.a.w selepas menjadi rasul tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut sehingga ia meninggalkan dunia kalau ia makan siang ia tidak makan malam, dan kalau ia makan malam ia tidak makan siang. Kalau ada sesiapa yang meminta pertolongan nescaya ia berikan pertolongan atau apa jua wang akan diberi tanya bertanya apa-apa.


Rasulullah s.a.w biasa duduk di atas tanah dan makan pun di atas tanah bukan di atas kursi. Begitulah hidup Rasulullah s.a.w sebelum dan selepas menjadi Rasulullah s.a.w.



Isnin, 25 Julai 2011

BRUNEI CAMBRIDGE G.C.E. 'A' LEVEL ; SUKATAN PELAJARAN USULUDDIN KERTAS 2

KERTAS II  mengandungi 1- Ulum Quran / Ulum Hadith   2 - Tafsir / Hadith




BAHAGIAN A - ULUM QURAN / ULUM HADITH




1- Quran sebagai wahyu yang teragung; bagaimana dan bila ia diturunkan; sebab - sebab diturunkan.


2- Perbezaan diantara ayat - ayat Quran yang diturunkan diturunkan di Mekah dan yang diturunkan di Madinah.


3- Sejarah pengumpulan ayat - ayat Quran dan penulisannya.


4- Penetapan bentuk (Standardization) Al-Quran.


5- Hadith atau Sunnah dan kedudukannya sebagai sumber Islam.


6- Lima peringkat dalam pengumpulan hadith (menurut zaman - zamannya).


7- Pengajian mendalam mengenai hadith-hadith dan istilah yang digunakan dalam sistem (Mustalah Hadith), Hadith, Sunnah, Riwayah, Dirayiah, Khabar, Athar, Matan, Sanad, Musnad, Ijazah, Asma, Hafiz, Muhaddith, Musnid, Hujjah dan Hakim.


8- Nilai-nilai dan bahagian-bahagian Hadith (seperti Sahu, Eassan, Makbul, Mardod dan lain-lain).


9- Ahli-ahli hadith yang masyur dan buku-buku hadith mereka iaitu :
a- Imam Malik dan kitabnya Al-Muatta
b- Imam Muslim dan kitabnya Saheh Muslim
c. Imam Bukhari dan kitabnya Saheh Bukhari
d- Imam Tarmiri dan kitabnya Jami' Al-Imam Abi Esa Attermizi
e- Imam Abu Daud dan kitabnya Sunah Al-Imam Abi Daud
f- Imam Annasai dengan kitabnya Sunah Al-Imam Abi Abd Rahman Ahmad bin Shu'eb Annasai


10- Kedudukan Hadith Qudsi.




BAHAGIAN B - TAFSIR AL-QURAN DAN HADITH


1- Tafsir ayat-ayat Quran seperti berikut :


a- Surah Al-Baqarrah ayat 172-173 (makanan-makanan dan syukur)


b- Surah Al-Baqarrah ayat 219 (arak, judi dan bagaimana membelanjakan harta)


c- Surah An-Nisa ayat 59 (ta'at kepada Allah, Rasulnya, Ulul amri dan merujukkan kepada Al-Quran dan Sunnah jika berlaku perselisihan pendapat)


d- Surah Yunus ayat 5-6 (hal-hal kejadian bulan dan matahari)


e- Surah Al-Mukminun ayat 12-16 (kejadian manusia, mati dan kebangkitannya ada hari kiamat)


f- Surah Al-Baqarah ayat 186 (Allah itu hampir kepada diri manusia dan masalah doa)


g- Surah Al-Hijr ayat 22 (Pendebungan tumbuh-tumbuhan)


h- Surah Al-Emran ayat 159 (Sifat-sifat Nabi S.A.W)


i- Surah Al-Isra ayat 23 (larangan menyembah selain Allah, berbuat baik kepada ibu-bapa)


j- Surah Al-An'am ayat 98-99 (asal kejadian manusia Adam, air hujan dan hubungannya dengan tumbuh-tumbuhan)


k- Surah Jumaat ayat 9-10 (bersegera meninggalkan jual beli kerana sembahyang Jumaat berusaha mencari rezeki).




2- 40 Hadith dari Matan Al-Arba'en oleh Imam Annawawi dengan pilihan utama 10 buah hadith seperti berikut :


a- Hadith Pertama


b- Hadith Ketiga


c- Hadith Keenam


d- Hadith Kedua Belas


e- Hadith Kelima Belas


f- Hadith Kedua Puluh Dua


g- Hadith Ketiga Puluh


h- Hadith Ketiga Puluh Empat


i- Hadith Ketiga Puluh Lima


j- Hadith Keempat Puluh

BRUNEI - CAMBRIDGE G.C.E. 'A' LEVEL SUKATAN PELAJARAN USULUDDIN ; KERTAS 1

Usuluddin mengandungi dua kertas :


Kertas 1 mengandungi dua bahagian. Bahagian A Tauhid dan Bahagian B Tasawwuf.




BAHAGIAN A - TAUHID


1- Rukun - rukun Iman


2- Kewujudan dan Keesaan Allah; sifat - sifatnya


3- Adanya Malaikat 


4- Pesuruh - Pesuruh Allah; Muhammad sebagai Pesuruh Allah yang penghabisan


5- Kitab - kitab yang diturunkan; Takdir ; Hidup Sesudah Mati


6- Perkembangan berbagai-bagai mazhab dalam ilmu Tauhid dan asas - asas perbezaannya.
a- Ahli Sunnah
b- Muktazilah
c- Jabariah
d- Qadariah
e- Shi'ah






BAHAGIAN B - TASAWWUF


1- Pengajian Tasawwuf dan Sejarah Perkembangannya


2- Asas - Asas perbezaan diantara Shari'at dan Tarikat ; Hakikat dan Ma'arifat


3- Tasawwuf dan kepercayaan mengenai dengan keesaan Allah


4- Tafsiran Wihdatul Wujud - Liqa dan Rukyah termasuk al-hijab dan al-kashfu


5- Pengajaran kerohanian dalam Tasawwuf untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat ; taubat dan takwa


6- Menjauhi perbuatan-perbuatan yang membawa kecelakaan, dengki, takabbut, ria, marah, dendam dan bencana - bencana yang dibawa oleh mulut dan lidah


7- Sepintas lalu perkembangan falsafah Islam