3) Diantara tanda-tanda besar akan berlakunya Qiamat ialah keluarnya Dajjal.
Bincangkan pendapat ulama Tauhid tentang pengertian Dajjal, Siffat-sifatnya, tempat keluarnya, pengikut-pengikutnya, fitnahnya dan kebinasaannya.
JAWAPANNYA
Dajjal ini dinamakan "Dajjal" kerana ia menutupi kebenaran dengan kebatilan, atau kerana ia menutupi kekafirannya terhadap orang lain dengan kebohongan, kepalsuan dan penipuannya atas mereka. Dajjal mengakui dirinya Tuhan dan ia berusaha melemparkan bermacam-macam fitnah dan mempengaruhi manusia agar meninggalkan agama Islam.
Sifat-sifat Dajjal :
Antaranya :
- Buta mata sebelah, seolah-olah buah anggur masak (tak bercahaya).
Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah S.AW. pernah menyebut mengenai Dajjal dihadapan orang banyak, lalu baginda bersabda :
" Sesungguhnya Allah S.A.T. itu tidak buta sebelah matanya. Ketahuilah, sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal itu buta sebelah matanya yang kanan seakan-akan matanya itu buah anggur yangtersembul."
- Seorang laki-laki yang pendek dan gemuk, menurut hadis yang diriwayatkan dari Ubadah bin Ash Shamit r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda :-
" Sesungguhnya Masih Dajjal itu seorang lelaki yang pendek dan gemuk, berambut kribo, buta sebelah matanya an matanya tidak menonjol serta tidak tenggelam. Jika ia memperdayakan kamu, maka ketahuilah bahawa Rabbmu tidak buta sebelah matanya."
- Ada tanda perkataan "KAFIR" diantara kedua matanya, seperti hadis Anas r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda : " Dan diantara kedua matanya termaktub tulisan " كفر "(kafir).
- Tidak mempunyai anak (mandul) .
Tempat keluarnya Dajjal :
Dajjal akan keluar dari arah timur dari Khurasan, dari kampong Yahudiyyah Kota Ashbahan. Kemudian mengembara ke seluruh bumi. Maka tiada ada satu pun negeri yang tidak dimasukinya kecuali Mekah dan Madinah, kerana kedua kota suci ini dijaga oleh Malaikat.
Diriwayatkan dari Abu Bakar As-Siddiq r.a. ia berkata : Rasulullah S.A.W. bersadba kepada kami : " Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur yang bernama Khurasan "
Pengikut-Pengikut Dajjal :
Kebanyakkan pengikut Dajjal adalah orang-orang Yahudi, orang Ajam, orang Turki dan ramai lagi manusia dari pelbagai bangsa dan golongan yang kebanyakan dari orang-orang dan kaum wanita.
Imam Muslim meriwatkan dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
"Dajjal akan diikuti oleh orang-orang Yahudi Asbahan sebanyak tujuh puluh ribu orang yang mengenakan jubah tiada berjahit."
Atau
Kebanyakkan pengikut Dajjal adalah orang-orang Yahudi sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan bahawa akan berlaku peperangan antara orang Yahudi dan kaum Muslimin. Sabda Rasulullah S.A.W :
" Tidak akan berlaku hari Akhirat sehingga orang Islam semuanya memerangi orang Yahudi, sehingga batu yang dibelakangnya ada orang Yahudi bersembunyi itu pun berkata : Hai orang Islam, ini ada orang Yahudi bunuhlah dia."
Rasulullah S.A.W. telah memberitahu dan mengambarkan kejadian jahatnya dajjal dan jahatnya orang Yahudi. Orang Islam yang kuat iman tetap memerangi dajjal dan orang Yahudi tetap membela dajjal. Akhirnya orang Islam akan mendapat kemenangan dalam peperangan melawan orang Yahudi yang sesat dan menyesatkan manusia ketika itu.
Fitnah Dajjal :
Fitnah Dajjal merupakan fitnah paling besar. Dalam riwayat-riwayat disebutkan bahawa Dajjal memiliki syurga dan neraka, maka syurganya itu adalah neraka dan nerakanya adalah syurga. Dia jua memiliki sungai-sungai air dan gunung-gunung roti. Dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lantas langit pun menurunkan hujan, memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, lantas bumi menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dengan segala hasilnya. Dia dapat melintasi bumi dari satu tempat ke tempat lain dengan kecepatan yang luar biasa, bagaikan hujan yang ditiup angin kencang, serta kejadian luar biasa lainnya.
Rasulullah S.A.W. "Dajjal itu buta maanya sebelah kiri, berambut keriting, mempunyai syurga dan neraka, Maka nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka." riwayat Imam Muslim.
Riwayat Imam Muslim dari Hudzaifah r.a. ia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang menyertai Dajjal. Ia akan bersama dua buah sungai yang mengalir, yang satu kelihatan mengalir api yang menyala-nyala, maka hendaklah ia mendatangi sungai-sungai yang kelihatan berisi api itu, dan hendaklah ia pejamkan matanya kerana yang nampak api itu adalah air yang dingin."
Nasiblah jika kuat iman seseorang ketika itu maka segala yang ganjil dilihatkan oleh dajjal tidak terpengaruh sama sekali, sebaliknya jika lemah iman seseorang ketika itu maka mudahlah terima dan terikut perjalanan dajjal. Ingatlah bahawa dajjal sebenarnya ialah penipu dan pendusta dan pembohong makhluk Allah diakhir zaman.
Binasanya Dajjal :
Binasanya Dajjal ada ditangan Nabi Isa A.S. sebagaimana disebutkan dalam hadis sahih antaranya Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Mujama' bin Jariyah Al-Anshari r.a, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Ibnu Maryam akan membunuh Dajjal di pintu Lod."
Catatan Popular
-
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AS-SAM'IYYAT ( السمعيات ) Yang dimaksudkan dengan As-Sam'iyyat ialah apa-apa yang didengar ol...
-
KERTAS II mengandungi 1- Ulum Quran / Ulum Hadith 2 - Tafsir / Hadith BAHAGIAN A - ULUM QURAN / ULUM HADITH 1- Quran sebagai ...
-
Usuluddin mengandungi dua kertas : Kertas 1 mengandungi dua bahagian . Bahagian A Tauhid dan Bahagian B Tasawwuf. BAHAGIAN A - TA...
-
2) Mu'jizat hanya dianugerahkan kepada para nabi dan rasul. i) Jelaskan pengertian mu'jizat dan TIGA hikmat penganugerahannya kep...
-
4) Jelaskan dengan ringkas DUA daripada perkara-perkara berikut : i) Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan dasar-dasar kepercayaan mereka. ii) Sif...
-
6) Huraikan dengan ringkas sejarah kelahiran ilmu Tasawwuf bermula dari zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam hingga berkembangn...
-
TAUHID 2009. JAWAB 3 SOALAN. 1- Akal asas taklif untuk mengenal Allah. Terangkan menurut pendapat Muktazilah & Ahli Sunnah & nya...
-
TAUHID 2001 JAWAB 3 SOALAN : 1- Mukhalafatuhu Ta'ala adalah salah satu sifat yang wajib bagi Allah. Bincangkan dengan dalil Aqli ...
-
Orang-orang sufi cara hendak mendekatkan diri kepada Allah melalui 4 tingkatan yang menjadikan seseorang itu di dalam kesempurnaan agamanya...
-
TAUHID 2010. JAWAB 3 SOALAN. 1- Ulama Mutakalimin berselisih pendapat tentang bertambah & berkurangnya Iman. * Bincangkan perbeza...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan