( السمعيات )
Yang dimaksudkan dengan As-Sam'iyyat
ialah apa-apa yang didengar oleh Rasulullah S.A.W dari Allah Ta'ala
mengenai perkara-perkara yang ghaib adalah satu bahagian dari Ilmu
Tauhid.
Apa-apa jua yang didengar oleh
Rasulullah S.A.W melalui Malaikat Jibril sama ada berita-berita yang
didengar itu pelik ia adalah datang dari Al- Quran.
Memang akal manusia mungkin tidak dapat
menerima, tetapi sebagai orang yang beriman wajib percaya apa-apa jua
berita yang sudah didengar oleh Rasulullah S.A.W adalah benar belaka.
Antara As-Sam'iyyat yang sudah didengar
oleh Rasulullah S.A.W adalah seperti dibawah ini :
1- Mengenai roh dalam tubuh manusia.
2- Rupa Malaikat, Syaitan, Iblis dan
Jin.
3- Mengenai azab dan nikmat dalam
kubur.
4- Huru-hara hari akhirat yang sudah
didengar oleh Rasulullah S.A.W.
5- Nikmat hidup dalam Syurga dan
Neraka.
Orang-orang yang beriman mestilah
beriman percaya dan beramal dengan apa yang tersebut didalam Al-Quran
dan Hadith dan percaya perkara-perkara yang ghaib lebih lagi apa yand
didengar oleh Rasulullah S.A.W sendiri. Maka sesiapa yang
mengingkarinya sesuatu yang datang dari Allah dan Rasulullah S.A.W
dengan bukti yang terang atau ia tidak menyakininya maka ia boleh
menjadi kafir.
Firman Allah Ta'ala :-
وما
اتاكم الرسول فخدوه , وما
نهاكم عنه فانتهوا واتقوا الله , إن
الله شديد العقاب - الحشر
٦
Ertinya : Dan
apa jua suruhan yang datang dari Rasulullah S.A.W kepada kamu, maka
ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarang kamu
melakukannya, maka hendaklah kamu meninggalkannya dan takutlah kepada
Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksanya.
Maka
perkara-perkara As-Sam'iyyat yang dijadikan sebahagian dari
kepercayaan Islam adalah semuanya tetap benar dengan adanya dalil
dalam dari Al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W.
- Mengenai roh dalam tubuh manusia pada zaman permulaan Islam Nabi Muhammad S.A.W pernah ditanya mengenai roh, lalu dijawab oleh Allah dengan menurunkan ayat Al-Quran yang berbunyi :
ويسألون عن الروح , قل الروح من أمر ربي ، وما أوتيتم من العلم إلا قليلا - الإسراء ٨٥
Ertinya : Mereka bertanya
kepada kamu tentang roh, katakanlah kepada mereka bahawa roh itu
adalah urusan Tuhan mu, dan apa-apa yand dikurniakan pengetahuan ilmu
hanya sedikit sahaja yang mengetahui.
Ayat di atas jelas, tidak
seorang pun mengetahui kedudukan roh ditubuh manusia walaupun pakar
ahli doktor pun tidak mengetahui hanya mereka mengetahuinya sebab
matinya seseorang itu disebabkan penyakit seperti kerosakan hati
seseorang, jantung dan barah-barah penyakit.
Roh ini adalah urusal Allah
semata-mata, Allah tidak membuka hakikat kejadian roh ini kepada
sesiapapun walaupun kepada Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak
mengetahuinya.
Hari ini ahli pakar sains
ingin mengkaji terhadap roh tidaklah bertentangan dengan hukum Islam
hanya harus sahaja, dan ada pula mengatakan haram.
Adapun golongan besar ulama
Tauhid yang berpendapat bahawa tidak ada tegahan apa-apa untuk
mengkaji dan menyiasat tentang perkara roh ini dengan tujuan kita
dapat mengawal hakikat kekuasaan Allah dan segala pernuatannya dan
apa yang diharap dengan kajian itu sedikit sebanyak dapat menambah
keinsafan dan keimanan dan takut kepada Allah Ta'ala.
Rahsia sebab Allah Ta'ala
tidak memberitahu kepada manusia perkara roh ditakuti manusia lekas
lupa Tuhan dan sangka dia lebih pandai dari Allah Ta'ala akhirnya
tidak ada Iman dan terkeluar dari Iman dan menjadi kafir.
2- Mengenai azab kubur dan
nikmat kubur.
Apabila seseorang itu mati,
maka rohnya telah terpisah dari tubuhnya, tetapi roh itu tetap kekal
di alam barzakh (alam kubur) yang mana segala urusan roh-roh yang
telah mati dan dibangkitkan kesaat hari akhirat kelak.
Rasulullah S.A.W mengetahui
dan sudah melihat azab dan nikmatnya didalam kubur ketika Isra dan
Mikraj.
Bahawa orang yang mati
apabila sudah ditanam dalam tanah, kuasa Allah jua akan dihidupkan
semula rohnya dan datanglah kedua Malaikat Munkar dan Nankir akan
menyoal soalan-soalan mengenai Tauhid, walapun pada zahirnya mayat
itu didalam kubur.
3- Mengenai Syaitan, Jin dan
Iblis.
Ketiga-tiga jenis makhluk
itu sudah Rasulullah S.A.W melihatnya serta tunduk kepada Rasulullah
S.A.W dan ada pula dibaca oleh Rasulullah S.A.W mereka menjadi api
dan ada pula menjadi baik serta mendengar Al-Quran.